Dulu aku tak macam ni. Masih teringat
waktu awal aku memasuki sekolah teknik, ia adalah saat yang paling aku
suka. Aku banyak belajar tentang agama, tentang kehidupan. Daripada tak
tahu apa-apa, aku belajar banyak benda dalam kehidupan. Daripada tak
tahu tentang agama, aku banyak belajar halal dan haram, baik dan buruk.
Daripada aku tak rajin solat, aku biasakan diri dengan solat wajib dan
sunat. Aku rindu saat aku di sekolah berasrama dulu.
Bila dah habis sekolah, aku masuk ke
universiti. Aku mula lalai dengan kehidupan dunia. Aku mula
berjinak-jinak dengan kehidupan sosial. Aku mula lupa tentang agama,
lupa tentang halal dan haram. Faktor memilih kawan juga menjadi salah
satu sebab aku hanyut dalam dunia dan lupa bersyukur atas nikmat yang
Allah berikan. Tapi aku tak ada masalah dalam berkawan sama ada dia
baik ke, jahat ke, cacat ke atau sempurna, aku tak memilih kawan
langsung. Janji aku suka ada ramai kawan.
Bila dah
mula bekerja, aku makin lalai dan lupa mengerjakan kewajipan. Aku lupa
tentang hukum hakam. Tapi alhamdulillah aku tak terlalu terjebak dengan
perkara yang menyesatkan lagi hina. Dunia ni memang indah dan ramai
manusia suka memilih dunia daripada memilih akhirat. Ia adalah satu
lumrah di mana dunia ini penuh dengan keseronokkan namun pada
hakikatnya dunia ini sementara dan akhirat adalah kekal selamanya.
Aku ingin sedar. Aku ingin berubah. Ya,
berubah kepada yang lebih baik. Aku rindu untuk menjadi seorang yang
sentiasa ingat kepada yang maha pencipta. Aku harap niat aku ni Allah
permudahkan dan usaha aku untuk menjadi seorang yang lebih baik akan
diberkati dan ditolong Allah. Segalanya kena bermula dengan solat. Jika
tak lengkap solat seseorang tu, tak teguhlah agama yang ada padanya.
Mungkin doa ibu bapaku di Mekah Allah kabulkan. Allah bukakan hati aku
untuk berubah.
Kini kehidupan yang berbaki beberapa
lama lagi akan aku gunakan sebaiknya. Aku tak mahu lupa kepadaNya lagi.
Dia berikan rezeki setiap hari dan aku malu sebab guna rezeki dariNya
tanpa sujud dan syukur kepadaNya. Dia berikan aku nafas dan nyawa untuk
hidup di dunia menikmati segala yang terbentang dan melampaulah aku
jika aku tak ingat langsung padaNya. Aku nak jadi lebih baik dan aku
tak nak fikir banyak perkara pasal kehidupan lagi. Biar Allah tentukan
dan aku kena usaha juga.
Kehidupan sebagai pelajar sekarang akan
aku gunakan sebaiknya. Aku nak tamatkan pembelajaran aku dan bekerja
mencari rezeki yang telah ditetapkan Allah untukku. Sebenarnya rezeki
ni ada di mana-mana, hanya tinggal kita nak cari saja. Jika dah cari
tapi tak jumpa, maka tunggulah sama ada ia cepat atau lambat datang.
Jika di dunia tak ada rezeki kita, di akhirat Allah akan bagi. Doa juga
penting untuk dapatkan rezeki.
Sahabat aku ada kongsikan satu doa untuk minta dimurahkan rezeki dan aku ingin kongsikan bersama korang semua.
Mengenai soal kahwin atau jodoh aku
serahkan semua kepada Allah kerana Dia telah tetapkan seseorang untuk
aku nanti. Aku yakin tulang rusuk kiri aku yang pernah hilang ini akan
kembali kepadaku dengan izinNya. Semuanya telah dicatatkan di Luh
Mahfuz dan aku hanya perlu redha siapakah wanita yang telah Allah
tetapkan untuk aku hidup bersamanya. Jika aku baik, maka baiklah wanita
itu dan jika aku jahat maka jahatlah wanita itu. Moga ada lagi nyawa
untukku habiskan bersamanya kelak.
Siapa yang tidak mengharapkan wanita
yang akan dinikahinya adalah sebaik-baik wanita. Orang jahat pun nak
isterinya seorang yang baik akhlaknya, cantik rupanya dan sempurna
orangnya. Tapi walau hartanya banyak, keturunannya bagus, wajahnya
cantik, ia takkan sama dengan kesempurnaan agama yang dimiliki wanita
itu. Maka pilihlah yang beragama, yang faham tentang agama, yang patuh
dengan agama.
Life must go on sama ada nak atau tak.
Janganlah jadi seorang yang berputus asa. Ini nasihat aku kepada diri
sendiri dan semua orang. Janganlah banyak meminta pada orang lain dan
banyakkanlah sedekah. Jika hidup ini adalah satu beban pada seseorang,
sesungguhnya Allah sedang mengujinya dan menghapuskan dosanya jika dia
sabar dan redha terhadap ujian itu. Aku nak jadi seorang yang kuat dan
tabah serta redha dengan ketentuan Allah. Harap ia dipenuhi.
Doa adalah senjata orang Islam
yang tak dapat dirampas oleh sesiapa pun, maka banyakkanlah doa
mengharap redha dan rahmat dari Allah. Doalah dengan penuh penghayatan
perasaan umpama ia adalah hajat terakhir yang akan dimakbulkan Allah.
Doalah dengan rasa percaya pada Allah dan doalah dengan penuh rasa
keimanan dalam diri. Menangislah sepuasnya dan mengadulah pada Allah,
nescaya Allah berikan nikmat ketenangan dalam jiwa.
Moga Allah perkenankan doa aku dan permudahkan niat ini. Amin~
Kepada sesiapa yang telah aku aniaya,
yang telah aku sakitkan hatinya, yang telah aku ambil haknya, aku mohon
maaf dan ampun atas segala yang terjadi. Harap korang maafkan aku. Jika
ada apa-apa yang perlu dituntut, hubungi aku, akan aku berikan tuntutan
itu. Aku telah maafkan semua orang semalam. Aku rasa tenang dan gembira.
SYAHIRUL.COM

No comments:
Post a Comment