Friday, October 7, 2011

Abang,terima kasih...



Abang.
Terima kasih kerana sudi menerima diri ini
Terima kasih kerana sudi memberikan peluang kepada diri ini
Terima kasih kerana memberi ruang untuk diri ini
Terima kasih kerana sudi membukakan pintu hati untuk diri ini
Untuk menjadi pendamping hidup mu

Abang,
Nur bukan seorang insan yang sempurna
Sempurna Nur bukan dari segi kebijaksanaan
Sempurna Nur  bukan dari segi kecantikan
Sempurna Nur bukan dari segi keindahan tubuh badan
Sempurna Nur  bukan dari segi kewarakkan
Sempurna Nur  bukan dari segi kemewahan harta
Sempurna Nur  bukan dari segi kemanisan senyuman
Sempurna Nur  bukan dari segi kemungilan bibir
Sempurna Nur bukan dari segi keindahan wajah
Sempurna Nur  bukan dari segi kepetahan berkata-kata
Sempurna Nur  bukan dari segi kelembutan suara
Sempurna Nur bukan dari segi kekuatan fizikal

Akan tetapi,
Nur hanya mempunyai sekeping hati
Hati yang ikhlas menyayangi mu
Hati yang ikhlas mencintai mu
Hati yang ikhlas menunggu mu
Hati yang ikhlas merindui mu
Hati yang ikhlas menanti mu
Hati yang ikhlas ingin mengabdikan diri untuk mu
Hati yang ikhlas untuk mu
Dan…
Hati yang sentiasa naik dan turun imannya
Hati yang sentiasa mudah menangis
Hati yang sentiasa mendambakan mu
Hati yang sentiasa ingin disayangi
Hati yang sentiasa ingin dihargai
Hati yang sentiasa menangis kerana takut akan-Nya
Hati yang sentiasa mengharapkan bantuan dari mu
Hati yang sentiasa menyerahkan segala beban yang tidak tertanggung


Abang,
Maafkan Nur
Tuntuni Nur menuju redha-nya
Redhailah Nur sebagai pendamping hidup mu
Pimpinlah Nur menuju akhiratnya
Nur mengharapkan keredhaanmu
Menuju Illahi…

Abang,
Andai perkenalan kita tidak pernah membuatkan diri mu bahagia
Andai perkenalan kita tidak pernah membuatkan diri mu dekat dengannya
Andai perkenalan kita ada cacat celanya
Andai perkenalan kita membuatkan kain iman mu terkoyak
Ampunkan diri ini…
Nur tidak mampu menghadapinya seorang diri
Nur tidak mampu menahan rasa
Rasa ikhlas hati Nur pada mu

Akan tetapi,
Nur tahu dan amat yakin
Bahawa
Abang bukan milik Nur
Abang bukan hak Nur
Abang bukan segala-galnya dan selama-lamanya untuk Nur
Abang milik Allah
Abang hak Allah
Abang segala-galanya dan selama-lamanya milik Allah
Nur sedar dan bersedia untuk itu
Cuma apa yang Nur harapkan agar;
Nur mampu memiliki hati abang walaupun sekejap dan seketika,
Nur mampu mengisi hati abang walaupun tempatnya di sisi sekali,
Nur sempat bersama-sama abang walau satu helaan nafas sahaja

Abang,
Jika ada satu detik masa yang memungkinkan Nur hidup
Nur akan memilih untuk memandang wajah mu
Nur akan memilih untuk bersama mu
Nur akan memilih untuk menggembirakan mu
Walaupun pada saat itu,
Kudrat Nur tidak lagi mampu menghambat masa depan

Abang,
Bait-bait di atas tidak mampu Nur simpan
Tidak mampu Nur pendam
Nur relakan segalanya
Nur serahkan segalanya
Pada Yang Maha Satu
Dia Yang Mengatur Segalanya….

No comments:

Post a Comment